POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan Tampin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, dua peniaga di kedai berdekatan memaklumkan tidak menyedari pelanggan yang memberikan wang palsu berkenaan.

Pihak polis menerima dua laporan mengenai penemuan wang palsu yang diterima pihak bank dan satu lagi oleh seorang peniaga kedai makan membabitkan dua keping wang RM100.Laporan pertama dibuat pihak bank yang mana pekerja sebuah premis menjual air dikatakan mendepositkan wang itu di sebuah bank di Tampin.Kemudian pihak bank mendapati mesin pengiraan wang mengesan sekeping RM100 yang dipercayai palsu.

Laporan kedua dibuat pemilik gerai menjual makanan yang berurusan dengan pelbagai pelanggan dan hanya menyedari wang RM100 yang diterima dipercayai palsu selepas selesai berniaga ketika kiraan hasil jualan.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai adalah dua individu yang berbeza dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama kepada peniaga untuk memeriksa wang kertas yang diterima terlebih dahulu bagi urusniaga yang dijalankan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin di talian 064412502 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …