BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah Program Rumah Mawaddah.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, cadangan awalan itu membabitkan pembelian 13 rumah jenis A yang bernilai RM110,000 seunit. Menurutnya, inisiatif itu sebagai memenuhi keperluan permohonan keluarga memerlukan terutama bagi mereka yang tidak memiliki tanah untuk didirikan rumah di bawah program berkenaan.

Senarai permohonan yang layak diuruskan oleh MAINS yang menetapkan syarat antaranya pemohon mestilah berdaftar sebagai asnaf fakir miskin di bawah agensi itu serta syarat kedua memiliki tanah bergeran. Ada permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan isu tiada tanah. Melalui pembelian rumah dicadangkan ini, ia dijangka dapat menambah baik program bantuan perumahan yang dilaksanakan sejak 2019 itu.

Tahun lalu sebanyak 12 unit Rumah Mawaddah telah diluluskan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta. Pada tahun ini, MAINS menyediakan RM1.8 juta dengan menyasarkan pembinaan 18 unit rumah untuk disalurkan kepada pemohon yang berkelayakan. Setakat Mei, sebanyak empat permohoann telah diluluskan disusuli beberapa unit lagi yang sedang dalam proses pertimbangan.

Kelulusan ini adalah bergantung kepada keperluan dan memenuhi syarat ditetapkan. MAINS menerima banyak permohonan yang akan melalui proses tapisan untuk memastikan bantuan zakat ini disalurkan dengan kaedah betul kepada mereka yang benar-benar layak.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …