PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.

BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sebanyak 248 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai di kawasan Telupid, pada Selasa.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, semua rampasan itu hasil maklumat risikan terhadap aktiviti penyeludupan berkenaan.

Katanya, Unit Risikan Marin Markas PPM Wilayah 4 Sabah telah menahan sebuah lori dipercayai menyimpan minuman keras tidak bercukai di kawasan Telupid.

“Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan sebanyak 248 karton minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM66,013.10 yang disimpan di dalam lori berkenaan.

“Seorang warga tempatan iaitu pemandu lori terbabit telah ditahan kerana disyaki cuba seludup minuman keras tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua barang kes telah dirampas dan suspek pula diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Nazri berkata, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini dari terus berleluasa.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …