PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Menurut Exco Kanan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian. Situasinya adalah menang-menang. Bila mengusahakan tanah kerajaan, mereka perlu membayar kepada kerajaan negeri.

Bukan semua permohonan diluluskan dan sekiranya didapati tidak sesuai untuk diusahakan, mereka diminta mengosongkan tanah tersebut. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk memberi LPS kepada mereka yang telah mengusahakan tanah kerajaan untuk aktiviti pertanian lebih lima atau 10 tahun.

Pemohon mestilah terdiri daripada pengusaha sendiri dan jika kelulusan telah diperoleh maka bayaran lesen mesti dijelaskan kepada kerajaan negeri setiap tahun. Mereka perlu perbaharuinya setiap tahun, ianya bukannya pajakan.

kadar bayaran LPS bergantung kepada jumlah pokok yang ditanam dan akan ditentukan oleh PTD. Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan negeri berhak mengambil semula tanah tersebut pada bila-bila masa dan perkara itu telah dipersetujui sejak awal lagi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …