πŽππ’ ππ„ππ˜π€πŒπ€π‘π€π 𝐁𝐀𝐒 π„πŠπ’ππ‘π„π’

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat penguatkuasaan Ops penyamaran bas ekspres. Penguatkuasaan ini dilakukan antara strategi penguatkuasaan sempena Ops HRA 2025. Anggota JPJ akan menjadi penumpang dan akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang perjalanan bas ekspres ke distinasi dituju.

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan memandu di lorong kanan berterusan antara kesalahan dikesan dalam ops pemyamaran ini. Kesalahan lain dikesan tiada pemandu kedua ( perjalanan melebihi 300 km atau 4 jam berterusan ) dan tidak kemaskini buku log pemandu, tatakelakuan pemandu ( merokok semasa memandu ) dan menurun penumpang diluar terminal. Sebanyak 13 notis saman telah dikeluarkan sepanjang operasi ini diadakan bermula 24 Mac 2025, sempena musim perayaan HRA 2025

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …