DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ) Bas Ekspres merupakan pengangkutan awam utama sempena perayaan HRA 2025. Sehubungan itu, Unit Operasi bersama Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Pulau Pinang dan AADK membuat pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral dan Terminal Sungai Nibong, bagi memastikan keselamatan bas ekspres berada ditahap terbaik dan selamat digunakan dijalanraya. Pemeriksaan sempena HRA2025 bermula pada 24 Mac 2025 hingga 8 April 2025.
Pemandu dan pengusaha kenderaan perkhidmatan awam dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang-undang berkuatkuasa, serta memandu dengan cermat dan berhemah. Keselamatan dijalanraya tanggungjawab kita bersama.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



