48 PEMANDU LANGGAR ISYARAT LAMPU MERAH DISAMAN POLIS TRAFIK NEGERI SEMBILAN

Seramai 48 pemandu yang melanggar isyarat lampu merah disaman Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan dalam operasi khas membanteras perbuatan bahaya itu di seluruh negeri semalam.

Ops itu dilancarkan ekoran dua kemalangan tular membabitkan perbuatan melanggar lampu isyarat yang mana kejadian di Senawang pada malam 6 Mac lalu menyebabkan tiga maut.

Menurut Ketua JSPT Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat, dalam hari pertama operasi semalam, sebanyak 119 saman dikeluarkan dengan 48 daripadanya membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Ops khas ini JSPT jalankan serentak di seluruh Negeri Sembilan bermula semalam. Lokasinya di kawasan yang dikenal pasti oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dan sentiasa berubah-ubah.

Pihaknya memberi tumpuan di kawasan yang sering berlaku kes pelanggaran lampu isyarat merah khasnya di sekitar Seremban dan Nilai. Daerah lain bergantung kepada kesesuaian. Pihaknya juga akan meletakkan peninjau di kawasan lampu isyarat sebelum kenderaan yang dikenal pasti akan diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) di hadapan.Tumpuan diberikan kepada kesalahan melanggar lampu isyarat merah, namun jika berlaku kesalahan lain, tindakan saman turut akan dikeluarkan.

Bagi daerah seperti Jelebu atau Jempol mungkin kurang berlaku kes seperti ini kerana lampu isyarat banyak di kawasan bandar yang kebanyakan sibuk dan kenderaan hanya bergerak perlahan. Pada operasi ini pihaknya memeriksa 177 kenderaan membabitkan 213 individu sebelum mengeluarkan 119 saman dengan 48 daripadanya kerana kesalahan langgar lampu isyarat merah. Kesalahan membabitkan tiada lesen memandu dan cukai jalan juga dilihat agak banyak, selain kesalahan tidak memakai topi keledar serta menggunakan telefon bimbit.

Tujuan ops khas itu dijalankan dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan lampu isyarat. Sebelum ini tumpuan diberi kepada penunggang p-hailing kerana mereka mengejar masa. Namun dua kes yang tular masing-masing di Senawang dan Sendayan baru-baru ini membabitkan kereta yang melanggar penunggang motosikal. Kenderaan yang lebih besar apabila melanggar lampu isyarat akan memberi impak yang lebih besar.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut