OP KHAZANAH: LOMBONG EMAS HARAM DI MARANG TUMPAS

Batalion 9 PGA dengan kerjasama IPK Terengganu berjaya menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram pada jam 5 petang apabila memeriksa sebuah kawasan lombong di Lubuk Terak Mukim Rusila, Marang, Terengganu semasa menjalankan tugas dalam Op Bersepadu Khazanah di sini.
Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan oleh seorang lelaki melayu berumur 57 tahun dan suspek gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah. Polis menahan dan merampas semua peralatan dan mesin jentera yang digunakan untuk melombong anggaran nilai RM 1.89 juta. Kes disiasat dibawah Akta Enakmen Mineral Terengganu 2002 – Melombong tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Terengganu untuk tindakan selanjutnya. Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pelombongan haram dari terus berleluasa di dalam negara.

 

Sumber:Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …