DUA LELAKI DIBERKAS SELUDUP MINYAK SAWIT MENTAH

Rondaan pemantauan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membongkar kegiatan penyelewengan minyak sawit mentah selepas menahan sebuah lori di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada Rabu.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman itu bermula pada jam 10 pagi hingga 11 malam.

Bertindak atas maklumat awam, pihaknya mengesan dua lelaki yang menaiki sebuah lori jenis Isuzu berwarna putih dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan, menemui empat tong di dalam lori itu, di mana satu daripadanya mengandungi anggaran 900 kilogram minyak sawit mentah tanpa sebarang dokumen sah. Dua lelaki ditahan serta 13 saman dekeluarkam atas pelbagai kesalahan, selain turut merampas lori berkenaan. Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …