BELANJA RAYA LEBUR, PEGAWAI BANK RUGI RM28,112 DITIPU PINJAMAN TIDAK WUJUD

Hasrat seorang pegawai bank membuat pinjaman RM30,000 untuk kegunaan hari raya lebur, apabila terpaksa menanggung kerugian RM28,112 akibat ditipu pinjaman tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kejadian bermula pada 12 Februari lalu apabila mangsa seorang lelaki berusia 55 tahun berminat dengan iklan pinjaman wang di Facebook.

Mangsa kemudiannya berurusan melalui WhatsApp dengan seorang ejen dan bersetuju untuk membuat pinjaman, lalu diminta membayar RM460 sebagai caj proses. Seterusnya, pada 26 Februari, pengadu membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun bank. Selepas itu, dia diminta membuat beberapa lagi pembayaran dalam tempoh tiga hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 28,112.

Pihak berkenaan meminta bayaran tambahan sebanyak RM6,000 menyebabkan pengadu merasa curiga. Oleh itu, pengadu membuat laporan polis kerana percaya telah ditipu dan ingin tindakan lanjut diambil. Siasatan kes kini dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …