HARIMAU KUMBANG JANTAN MASUK PERANGKAP SELEPAS 3 TAHUN DIBURU

Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5-kilogram (kg) memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol, di sini pada Ahad.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, pihaknya menerima maklumat harimau kumbang memasuki perangkap pada jam 7.40 pagi. Petugas Perhilitan tiba di lokasi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan mengalami kecederaan dan doktor veterinar Perhilitan mengesahkan harimau kumbang itu cedera di bahagian muka dan leher.

Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan itu. Berdasarkan rakaman kamera yang dipasang di sekitar tiga perangkap harimau kumbang mendapati hidupan liar itu cuba memasuki perangkap yang mempunyai umpan kambing namun tidak berjaya kerana bersaiz besar.

Pihak Perhilitan membuat keputusan memasang perangkap harimau belang untuk memerangkap harimau kumbang tersebut. Akhirnya memasuki perangkap setelah mengambil masa lebih kurang tiga tahun. Haiwan tersebut akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan sebelum pelepasan dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …