OPERASI FERI SRI TANJONG I DI JETI JKR PENGKALAN KUBOR MULAI MAC

Feri Sri Tanjong I yang bernilai kira-kira RM8 juta dijangka beroperasi di Jeti JKR Pengkalan Kubor, Kelantan pada Mac 2025.

Pembinaan feri sepanjang 33 meter ini dimulakan pada 1 Mac 2024 dan dijangka siap pada 28 Februari 2025.

Sebelum beroperasi, feri akan menjalani tempoh pengujian dari 24 Januari hingga 7 Februari, diikuti dengan latihan operasi dan penyelenggaraan pada 10 hingga 16 Februari.

Feri jenis roro ini mampu membawa 58 penumpang, enam kru dan pelbagai jenis kenderaan.

Projek ini mencerminkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam membangunkan kemudahan berkualiti tinggi dan pihak berkuasa berkomitmen untuk memastikan penyelenggaraan yang baik bagi memastikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …