AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA
Melaka – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka telah melaksanakan Kempen Kesedaran Awam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka sempena program Hari Bertemu Pelanggan sebagai usaha memperluas penyampaian maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan pencegahan awal.
Kempen ini dilaksanakan melalui beberapa pengisian utama, antaranya pameran statik berkaitan pendidikan dan pencegahan dadah, edaran risalah kepada pengunjung serta promosi dan pendaftaran SKUAD Antidadah bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.
Melalui pameran statik dan edaran risalah, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan bahaya dadah, kesan penyalahgunaan bahan serta kepentingan memainkan peranan secara bersama dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas daripada ancaman dadah.
Selain itu, pengenalan SKUAD Antidadah bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat sebagai rakan strategik AADK dalam menyampaikan mesej pencegahan, memperkukuh kesedaran awam serta menyokong usaha membanteras penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.
Pelaksanaan kempen ini turut mencerminkan komitmen AADK Negeri Melaka untuk mendekati masyarakat melalui platform perkhidmatan awam yang strategik, sekali gus memperluas capaian mesej pencegahan dadah kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber : AADK Negeri Melaka
📞 Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …