LEPAS TIGA DAS TEMBAKAN SEBELUM BERJAYA RAMPAS ROKOK SELUDUP

Pada 26 Januari 2025, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan terpaksa melepaskan tiga das tembakan dan mengejar sebuah lori yang membawa rokok seludup bernilai RM186,000.00 sejauh dua kilometer.

Kejadian berlaku pada 6.15 pagi ketika pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu melakukan risikan menggunakan motosikal.

Lori tersebut ditahan di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, namun pemandunya bertindak agresif dan melarikan diri.

Pasukan operasi melepaskan tembakan ke arah tayar lori untuk mempertahankan diri dan pemandu akhirnya melarikan diri selepas kenderaannya terhalang.

Pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 124 peti rokok putih dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM1 juta.

Siasatan awal mendapati rokok itu diambil dari pangkalan haram di Tumpat dan dipercayai untuk pasaran Kelantan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 136, Akta Kastam 1967.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …