BANJIR: AIR NAIK MENDADAK, KERETA ROSAK TERPAKSA DITOLAK

Pada Ahad, pemandu kereta di simpang tiga Kampung Panglima Bayu, Kelantan, berdepan kesulitan akibat air yang melimpah dengan mendadak sekitar jam 3 petang.

Jalan utama yang menghubungkan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli ditutup di bahagian kiri menuju ke Jeli.

Penduduk Kampung Panglima Bayu terpaksa berpindah, sementara air dari Kampung Lawang melimpah sehingga sejauh 500 meter.

Kelajuan air yang deras menyebabkan tujuh kereta rosak dan terpaksa ditolak ke tepi jalan.

Beberapa penunggang motosikal hampir dihanyutkan, namun berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat.

Hanya satu laluan di jalan tersebut yang dibuka untuk kenderaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …