SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2025: EMPAT PERMIT HIBURAN DIKELUARKAN DI KELANTAN

Empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Permit tersebut meliputi aktiviti di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan satu permit untuk Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.

Majlis Daerah Tanah Merah mengeluarkan dua permit untuk aktiviti dikir barat di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan Jambatan Guillemard.

Sementara itu, Majlis Daerah Tumpat mengeluarkan permit untuk persembahan nyanyian di Wat Machimaram, Kampung Jubakar Darat.

Pihak penganjur diingatkan untuk mematuhi syarat permit yang dikeluarkan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …