BANJIR: TUJUH GURU, 13 MURID TERKANDAS, JAMBATAN TENGGELAM

Pada Ahad, seramai tujuh guru dan 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah di Kuala Krai terkandas selepas jambatan utama yang menghubungkan Kuala Pertang ke Tanjung Kala terputus akibat banjir gelombang ketiga.

Mereka berjaya diselamatkan dalam satu operasi oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada jam 4.30 petang.

Mangsa yang terdiri daripada tujuh guru dan 13 murid yang baru tamat sesi persekolahan terkandas kerana jambatan tenggelam.

Operasi penyelamatan dilakukan menggunakan bot dan lori untuk menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing.

Sementara itu, di Tanah Merah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 368 orang daripada 113 keluarga, dan mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …