#SANTAISELASA: KELANTAN RED WARRIORS GANTI THE RED WARRIORS

Kelantan Red Warriors (KRW) FC, yang baru ditubuhkan tujuh hari lalu, bersedia menggantikan The Red Warriors (TRW) FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Presiden KRW FC, Nik Hafiz Nik Naim, berkata pasukan akan memulakan persiapan penuh pada Januari selepas bulan ini memberi tumpuan kepada pelancaran dan pengenalan pasukan.

KRW FC, yang dibentuk dengan sokongan pelabur TRW FC, telah mengemukakan permohonan untuk bersaing dalam Liga A1 Semi-Pro musim hadapan.

Nik Hafiz, sebagai peminat tegar TRW FC dan pemegang saham kedua terbesar, bertekad mempertahankan identiti pasukan tersebut.

Beliau menyasarkan perbelanjaan RM2 juta untuk memperkuatkan pasukan dan berharap dapat membawa masuk pemain bintang dengan sokongan pelabur dan tajaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Bukit Mertajam,  DUN Machang Bubok telah diadakan di Perkampungan Taman …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Bukit Gelugor,  DUN Ayer Itam telah diadakan di Masjid Jamek …

DUA LELAKI DITAHAN, 40 BOTOL AIR KETUM DIRAMPAS

RAMPAS: Rampasan air ketum serta peralatan memasak dan tong penyimpanan dipercayai digunakan untuk memproses bahan berkenaan.  KOTA MARUDU: Kegiatan memproses …