EMPAT NEGERI DIJANGKA HUJAN, RIBUT PETIR PADA PAGI KRISMAS

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan bahawa empat negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.

Cuaca yang sama juga dijangka berlaku di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pada sebelah petang, serta Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak pada malam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta menggunapakai aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini.

Rancang perjalanan dan aktiviti anda dengan sebaiknya. Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat.

 

Sumber: Bernama, MetMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …