SIDANG DUN : KERAJAAN PAHANG GERAK PROGRAM PASCA BANJIR KE KELANTAN

KUANTAN, 6 DISEMBER 2024 : Kerajaan Negeri akan menghantar Sukarelawan Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) ke Negeri Kelantan bagi menggerakkan Program Pasca Bencana pada 11 dan 12 Disember ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program ini akan dilaksanakan untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah banjir di negeri itu, baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri Pahang akan menggerakkan Program Pasca Bencana ke Negeri Kelantan pada 11 dan 12 Disember ini iaitu pada minggu hadapan bagi membantu penduduk terjejas di negeri tersebut.

“Inisiatif ini merangkumi pemberian bantuan asas serta pelaksanaan aktiviti pencucian dan pembersihan di kawasan terjejas yang akan dilaksanakan oleh sukarelawan Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) untuk memulihkan keadaan kehidupan penduduk yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penagguhan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

Beliau turut bertanyakan ADUN Cheka, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, tentang keperluan dan keadaan banjir di kawasan parlimen beliau yang turut terkesan.

YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim berkata, sebanyak 1,200 keluarga terlibat dengan banjir yang berlaku dan mengalu-alukan bantuan daripada Negeri Pahang ke Kelantan.

Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy turut menawarkan bantuan daripada pasukan sukarelawan Pahang dan MTSP untuk membantu mangsa di Kelantan termasuklah kawasan Parlimen Kubang Kerian.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …