PAHANG BERCADANG BINA STESEN PENGECAS EV DI SETIAP DAERAH

PEKAN, 07 DISEMBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang bercadang membina stesen volt pengecas kenderaan elektrik (EV) di setiap daerah di negeri ini daripada keseluruhan Volt Mega Station yang dirancang.

Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, sebanyak 50 port pengecas dirancang di bina di seluruh Pahang.

“Hasratnya adalah untuk mendirikan di seluruh Negeri Pahang dan kita harap mereka dapat dirikan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Seperti di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama yang menyambung Negeri Sembilan-Bentong-Raub-Lipis hinggalah ke Kuantan dan sepanjang laluan itu mereka baru nak membina R&R dan mungkin kita boleh letak port pengecas di situ.

“Dan mereka ada berhasrst membuka stesen pengecas di Kuantan di Gambang. Dan kami sedang berbincang dengan Majlis Perbandaran Daerah di Negeri Pahang dan saya akan pastikan sebahagian dari 50 stesen pengecas itu akan dibina di setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Buku Daerah Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini.

Tambah beliau stesen pengecas kebderaan ini juga diharap akan dibina di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan pelancongan bagi memastikan sasaran Net Zero 2050 dapat dicapai.

“Dan hasratnya adalah untuk mendirikan di seluruh Negeri Pahang dan kita harap mereka dapat mendirikan di tempat-tempat tumpuan ramai pelancong seperti di Cameron Highlands, Fraser Hills, Taman Negara.

“Ini kerana pembinaan stesen pengecas ini diumpamakan seperti ayam dan telur, yang mana dulu. Kita nak bina infra dulu atau nak tunggu kenderaan elektrik banyak dulu di jalan. Dan bagi saya dia kena jalan seiring.

“Dan dengan infra yang lebih lengkap ia menggalakkan lagi rakyat Malaysia, rakyat Negeri Pahang untuk membeli kenderaan elektronik kerana kita ada sasaran Net Zero 2050,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama di antara Pahang dan Syarikat Volt Industries Sdn. Bhd. ini yang dianggarkan sebanyak RM 250 juta ini menyasarkan untuk mengurangkan pelepsan karbon di negeri ini sebanyak 3 juta kilogram karbon dioksida (CO2) setiap tahun.

Tambah beliau, Volt Industries mempunyai tiga stesen berbeza iaitu Volt Mega Station sebanyak 50 port pengecas, Volt Station (12 port pengecas), dan Volt Express (dua port pengecas) untuk dibangunkan bergantung kepada kawasan.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 153,000 MURID, PELAJAR DI MELAKA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2025 – KM

Ayer Keroh – Melaka menerima peruntukan sebanyak RM23,043,600 bagi Bantuan Awal Persekolahan sesi 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama …
Maklumat Lanjut

TIADA KOMPROMI PIHAK GUNA ASET KERAJAAN SEBAR AJARAN SESAT

Paya Rumputi – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan untuk menampal iklan atau …
Maklumat Lanjut

MELAKA BURU PIHAK GANTUNG KAIN RENTANG AJARAN SESAT

Pengkalan Batu – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggantung kain rentang …
Maklumat Lanjut