RAMPASAN ROKOK BERNILAI RM180 RIBU OLEH PGA KELANTAN

OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN ROKOK
PENGKALAN CHEPA 14 SEPTEMBER 2024 (SABTU) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok yang dikesan di Jalan Kg Panji, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 4 pagi apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Setelah menyedari kehadiran pasukan BN 9 PGA, suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di tepi jalan.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah van jenis Naza mendapati anggaran lebih 150,000 batang rokok putih tidak bercukai ditemui dalam van tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup rokok tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM180,000.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …