PGA KELANTAN TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP MAKANAN SEJUK BEKU BERNILAI LEBIH RM20 RIBU

OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN MAKANAN SEJUK BEKU
PASIR MAS 14 September 2024 (SABTU) – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan makanan sejuk beku yang dikesan di Kg Tok Pelanduk Bukit Tuku, Pasir Mas, Kelantan.
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA semasa membuat serbuan ke atas sebuah semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai bungkusan makanan sejuk beku disyaki dari Thailand ditemui di dalam stor tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup makan sejuk beku tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 20, 200.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …