PGA KELANTAN RAMPAS LEBIH 50 LITER PETROL

PENGKALAN KUBOR 15 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di sekitar Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 5 petang apabila menemui sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati anggaran lebih 50 liter minyak petrol ditemui di dalam tangki kenderaan tersebut yang telah diubah suai. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara jiran.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 11,102.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …