8 PANGKALAN HARAM LOKASI UTAMA SINDIKET BAWA MASUK PATI DI KELANTAN

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (Pati) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lalu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 226 orang adalah lelaki, manakala selebihnya adalah wanita berusia 17 hingga 60 tahun.

Manakala berdasarkan pecahan warganegara, seramai 201 adalah warga Myanmar; Bangladesh (51 orang); Thailand (24 orang); India (8 orang); Rohingya (5 orang); Indonesia (4 orang) dan Pakistan (3 orang.

Kesemua mereka ditahan selepas memasuki negara ini melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sempadan Malaysia-Thailand.

Kebiasaannya Pati yang memasuki negara ini diuruskan oleh sindiket yang turut menyediakan ‘transporter’ untuk mengangkut mereka ke destinasi tertentu, termasuk ke Pantai Barat Semenanjung.

Lapan pangkalan haram utama yang sering digunakan oleh sindiket untuk membawa masuk Pati ke negara ini dikenalpasti terletak di Pasir Mas dan Tumpat iaitu termasuk pangkalan Gergaji, Tanjung, Jeram Perdah 1, Jeram 2, Jeram 3, Lubuk Gong, dan Tok Awang Belulang.

Rata-rata Pati memasuki negara ini menggunakan perahu pada waktu malam atau awal pagi untuk mengelak dikesan. Namun, dengan rondaan berterusan serta risikan oleh anggota PGA, kemasukan mereka tetap dapat dikesan

 

Sumber: Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …