PASIR MAS 12 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) – BN 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan beras yang dikesan di sekitar benteng Jln Kg Kerasak, Pasir Mas, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 8 malam apabila menemui sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati anggaran lebih 900kg beras dan 100kg beras pulut disyaki diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut.
Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 14,348.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi