PELAJAR TINGKATAN 5 DIDAKWA TUNGGANG MELULU HINGGA CEDERAKAN POLIS

Remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Trafik, di sini, hari ini, atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu dengan melawan arus sehingga mencederakan anggota polis, Julai lalu. Bagaimanapun, tiada hukuman dijatuhkan hari ini terhadap tertuduh yang hadir berkerusi roda selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marlissa Mohd Fahmy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menunggang motosikal di jalan raya dengan melulu dan berbahaya kepada orang awam iaitu secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada anggota polis trafik. Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 2 pagi di Kilometer (KM) 36 (S) Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas), di sini, 28 Julai lalu. Justeru itu, pelajar Tingkatan Lima itu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan jika sabit lesen memandu percubaan boleh dibatalkan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan memohon tarikh baharu untuk fakta dan hukuman sementara menunggu laporan penilaian akhlak memandangkan tertuduh adalah remaja bawah umur. Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah. Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM1,500 dan tarikh sebutan bagi fakta dan hukuman semula pada 20 November depan. Media pada 28 Julai lalu melaporkan anggota polis trafik dan remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Lekas. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …