OP TARING CHILLER KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN KARKAS BABI

KOTA BHARU 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan karkas babi yang dikesan di sekitar kawasan Kota Bharu, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat dan BN 9 PGA apabila menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan rondaan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring CHILLER Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Mitsubishi mendapati anggaran lebih 5000 Kg karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah. Suspek seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup binatang tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 204,800.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut