OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN PATI

RANTAU PANJANG 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – BN 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikesan di kawasan pekan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila menahan 2 orang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas 2 orang lelaki tersebut mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua suspek tersebut adalah warganegara Myanmar dan menyeludup masuk ke Malaysia melalui Thailand. Semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah diserahkan ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …