NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan.

Menuurt EXCO Kanan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, urusan berkaitan dipantau Jawatankuasa Bencana negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Jawatankuasa itu bertanggungjawab menyelaras tindakan menghadapi pelbagai bencana alam seperti banjir dan kemarau.

Pada masa sama, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) turut bersiap sedia dengan pemantauan rapi paras air di semua empangan utama negeri ini. Setakat ini, paras air empangan pada tahap yang mampu menampung keperluan harian penduduk. Namun, perkara ini tidak boleh di ambil mudah sekiranya kemarau berpanjangan, terdapat kemungkinan berlaku kekurangan bekalan air.

Jalaluddin mengingatkan penduduk supaya menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran selain menjaga kesihatan diri dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena strok haba berikutan cuaca panas ketika ini.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga pertengahan atau hujung bulan depan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …