KPDN KUALA KRAI GAGALKAN CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL

Sekitar jam 8.00 pagi kelmarin, Pasukan Penguat Kuasa dari KPDN Cawangan Kuala Krai telah melakukan rondaan di kawasan Kuala Krai, Kelantan sebagai sebahagian daripada operasi Ops Tiris.
Semasa rondaan jam 8.20 pagi, sebuah kenderaan Hilux berpendaftaran tempatan didapati sedang mengisi minyak diesel ke dalam tong dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, didapati pemandu warga tempatan tersebut tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk pembelian itu.
Soal siasat awal mendapati suspek mengaku untuk kegunaan jentera bagi projek perumahan dan lereng bukit.
Tindakan kes dihasilkan disyaki iaitu berurusan apa-apa barang kawalan secara borong atau runcit tanpa lesen sah atau kebenaran pengawal bekalan.
Sitaan dilakukan ke atas dokumentasi resit pembelian, sebuah Toyota Hilux, Buku Catatan Minyak Diesel, 27 Tong Plastik dan minyak diesel anggaran 83 liter dengan nilai rampasan keseluruhan RM30,262.34
Susulan daripada penemuan ini, Pasukan turut membuat pemeriksaan terhadap stesen minyak yang tersebut dan pekerja jurupam yang bertugas mengesahkan bahawa jualan diesel berkenaan dilakukan tanpa kebenaran bertulis, berdasarkan rekod dengan resit jualan.
Tindakan telah diambil terhadap stesen minyak tersebut mengesyaki peruncit tidak mematuhi arahan pengawal menjual barang kawalan kepada orang yang tidak mempunyai permit khas membeli barang kawalan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA

Klebang – Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam raya sebagai …

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …