HARI KEBANGSAAN KE-67: JBPM PAMER JENTERA URBAN SEARCH DAN RESCUE BUAT JULUNG KALI

PUTRAJAYA: Jentera Urban Search and Rescue (USAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kelab Bomba Cilik antara kelainan ditonjolkan dalam perbarisan Hari Kebangsaan ke-67.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata sebanyak dua jentera USAR akan dipamerkan buat kali pertama kepada umum pada sambutan tahun ini.

“Kelainan utama JBPM tahun ini ialah pasukan USAR yang melaksanakan kerja-kerja penyelamatan, khususnya membabitkan bangunan runtuh, tanah runtuh, terowong dan berkaitan risiko di perbandaran,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, JBPM menerima lima jentera USAR tahun ini, sebuah jentera diterima pada Februari lalu manakala empat lagi diterima Julai lalu.

Beliau berkata, jentera USAR itu membabitkan tender bernilai RM7.5 juta dua tahun lalu bagi kegunaan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Nor Hisham berkata, JBPM juga mengetengahkan Kelab Bomba Cilik yang dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K).

Beliau berkata JBPM tahun ini menampilkan kekuatan 416 ahli kontinjen untuk menunjukkan fungsi dan peranan jabatan itu dengan jumlah aset sebanyak 24 meliputi darat serta udara.

Dua unit aset udara akan bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan pertunjukan udara.

Sambutan Hari Kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” akan diadakan di Dataran Putrajaya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut