11 DAERAH DIKENAL PASTI DAERAH MENUA – DOSM

PUTRAJAYA: Sebelas daerah dikenal pasti sebagai daerah menua yang merujuk kepada bilangan penduduk berusia 65 tahun ke atas di dalam kawasan itu mencapai 7.0 peratus.

Berdasarkan Statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2024 yang diterbitkan hari ini, sebelas daerah terbabit meliputi Beluru, Telang Usan, Mukah di Sarawak, selain Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor di Selangor, Muallim di Perak, Tenom di Sabah, Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang dan Segamat di Johor.

Statistik itu memaparkan anggaran penduduk di peringkat negeri dan daerah pentadbiran bagi 2023 dan 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata komposisi penduduk berusia 0 hingga 14 tahun (umur muda) tertinggi pada 2024 dicatatkan di Kecil Lojing dengan 33.8 peratus, diikuti Gua Musang (33.4 peratus) dan Tumpat (32.3 peratus) di Kelantan.

“Sebauh di Sarawak mencatatkan peratusan penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) tertinggi dengan 79.5 peratus, diikuti Kinabatangan di Sabah (78.4 peratus) dan Belaga di Sarawak (78.3 peratus), manakala Lubok Antu juga Sarawak mempunyai penduduk umur tua paling tinggi (65 tahun dan lebih) dengan 15.1 peratus,” katanya melalui kenyataan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tiga kategori penuaan iaitu ‘ageing society’‘aged society’ dan ‘super-aged society’ iaitu masing-masing merujuk penduduk berusia 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

Berpandukan Dasar Warga Emas Negara (DWEN), penuaan ialah apabila penduduk berusia 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata Petaling di Selangor adalah daerah yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai pada 2024 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru di Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat di Selangor (1.5 juta).

Daerah Kinabatangan dan Kalabakan di Sabah mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 9.6 peratus, diikuti Cameron Highlands di Pahang (8.4 peratus).

Sementara itu, tiga daerah di Sarawak mempunyai bilangan penduduk paling rendah iaitu dengan 7,900 penduduk di Tanjung Manis, diikuti Song (10,300) dan Bukit Mabong (10,600).

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …