GUNA GERAN PROJEK DENGAN SEBAIKNYA

Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar memanfaatkan projek Sejati Madani untuk kebaikan komuniti dan masyarakat sekitar. Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, turut menyarankan peruntukan sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada JPKK yang layak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Terdapat tiga kampung di DUN Gemencheh yang layak menerima geran projek bernilai RM100,000 iaitu Kampung Gemencheh Lama, Kampung Tengah dan Kampung Sungai Jerneh. JPKK perlu uruskan dana ini dengan betul agar dapat menjana pendapatan JPKK itu sendiri. Melalui pendapatan itu nanti akan dapat dilaksanakan program, aktiviti masyarakat dan membantu penduduk. Ia menjadi tujuan kerajaan perpaduan hari ini untuk membantu masyarakat melalui JPKK. Geran projek dibawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu diharap memberi impak besar kepada penduduk kampung. Beliau berharap hasil projek ini besar sepertimana nilainya yang besar. Ini adalah tanggungjawab yang cukup besar untuk dipikul secara bersama.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …