OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN DAN RAMPASAN MINYAK PETROL

PENGKALAN KUBOR 27 Ogos 2024 – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati sebanyak 90 liter minyak petrol ditemui di dalam tangki kenderaan tersebut yang telah diubah suai.
Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara Thailand.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 10,184.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Suspek diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Balik Pulau, DUN Pulau Betong telah diadakan di Masjid Sungai …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Nibong Tebal, DUN Sungai Acheh telah diadakan di Masjid Al …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ PASAR TANI BAGAN AJAM Jom dapatkan bekalan dapur dengan penjimatan …