GIRLS IN ICT FORUM (GICT) 2024

INFOGRAFIK

Forum bertemakan “Kepimpinan” ini menggalakkan golongan wanita muda daripada pelbagai universiti untuk menyertai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pada 2023, peratusan pekerja wanita di Malaysia adalah sekitar 51.6%, berbanding 78% bagi lelaki. Hingga 2021, peratusan wanita yang bekerja dalam sektor teknologi meningkat kepada 35%. Oleh itu, diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan mencetuskan minat golongan wanita dalam bidang STEM.

Selain memastikan kesaksamaan gender dalam bidang teknologi dan STEM, kepentingan keselamatan digital turut ditekankan supaya persekitaran yang selamat serta adil khususnya untuk anak-anak dan golongan wanita dapat diwujudkan.

GICT 2024 berfungsi sebagai platform penting menghimpunkan wanita yang berjaya daripada pelbagai industri untuk berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan mereka dalam ekosistem ICT dan kepimpinan wanita.

Semoga Forum GICT 2024 ini memberikan inspirasi dan semangat kepada wanita muda Malaysia untuk menceburi bidang STEM.

 

Sumber: Bernama, KKOM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …