MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2024 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ข๐›๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง.

12 Ogos 2024, KOTA BHARU – Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang telah berlangsung di Dataran Wawasan Dato’ Azis Bin Yacub, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kelantan.

Antara pengisian program yang diadakan adalah perarakan motor vespa, basikal klasik dan beca yang diiringi oleh paluan rebana dan persembahan seni silat tari.

Acara rasmi dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Dr Hafidzah Binti Mustakim, ADUN Kota Lama, dan ucapan pelancaran oleh Encik Naim Fahmi Bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia.

Sesi penyampaian dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Jabatan/Agensi terlibat dan Komuniti Madani, penyampaian Zakat TM kepada asnaf, penyampaian sumbangan YaPIEM kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Upacara Menaikkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Negaraku diiringi oleh Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Acara kemuncak Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan apabila tetamu kehormat dijemput untuk menaiki bot perarakan menyelusuri sungai Kelantan, menuju ke Laman Warisan Seni Kampung Laut dan lawatan gerai produk dan kraftangan.

 

Sumber: JAPEN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep โ€œslow morningโ€ semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …