Penganjuran Malaysia #QuranHour 2024 kali ke-10 pada 30 Ogos ini bakal menjadi platform untuk menyuntik semangat cintakan al-Quran di samping mengeratkan hubungan perpaduan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Program yang sudah memasuki tahun ke-10 itu bakal diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.
Antara wakil media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.
Sumber: Sinar Harian



