FAKTA MENARIK MENGENAI JALUR GEMILANG

TAHUKAH ANDA?

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor.

Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukam golongan Diraja yang memerintah.
JALUR GEMILANG:

  • Bulan dan Bintang – Melambangkan Agama Islam sebagai agama Persekutuan negara.
  • Bintang Pecah 14 – Menunjukkan perpaduan 13 negeri & wilayah persekutuan.
  • Warna kuning anak bulan dan bintang – Adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu.
  • Warna Biru Tua – Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara.
  • Warna Merah – Membawa makna keberanian.
  • Warna Putih – Membawa makna kesucian dan keluhuran.

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan, maka marilah kita bersama-sama dengan rasa bangganya mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman kita atau di mana sahaja kita berada.

Sumber: Malaysia 2017 Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …