PROGRAM PENYERAGAMAN HARGA BARANG PERLU, LPG DAN COMMUNITY DRUMMING ZON KUALA KRAI, KELANTAN

Pelancaran Pelaksanaan Program Penyeragaman Harga (Barang Perlu, LPG & Community Drumming) Zon Kuala Krai, Kelantan telah dilaksanakan oleh YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan pada hari ini.
Program ini dilaksanakan di enam Point Of Sale Zon Kuala Krai sekitar Pasir Kelang Baru, Lama dan Kg. Takul, Estate Takul, Kg. Buyong dan Kg. Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
Objektif program ini ialah bagi membantu penduduk pendalaman sekitar Kuala Krai, Kelantan dalam mengurangkan kos sara hidup dan perbelanjaan barangan keperluan harian serta asas.
Program ini diadakan agar penduduk di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan dapat menikmati harga barangan keperluan seperti Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Beras, Gas Petroleum Cecair dan Petrol Ron95 seperti harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Untuk rekod dianggarkan seramai lebih kurang 10,000 penduduk di sekitar enam POS tersebut dan beberapa faktor- faktor utama melibatkan jalan, akses dan geografi serta beberapa keperluan juga dikenalpasti dan direkodkan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

PENGURUSAN SISA MAMPAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Majlis Bandaraya …

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU MENJAGA MAKLUMAT DATA PERIBADI DEMI KESELAMATAN DIRI

Penipuan dalam talian semakin menjadi ancaman serius sejajar dengan peningkatan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian, dan kebanyakan kes berpunca …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …