MKN EX COMSEC: MALAYSIA TIDAK BOLEH LEKA DALAM ASPEK KESELAMATAN

Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia perlu berhati-hati menghadapi ancaman dalam dan luar yang merangkumi keganasan yang bersifat ‘lone wolf‘ serta radikalisasi melalui media sosial dan propaganda ekstremis yang boleh mempengaruhi individu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.

Beliau berkata melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, konsep Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang diperkenalkan harus digerakkan berterusan menerusi kerjasama pelbagai pihak merentasi sektoral yang memerlukan tindakan intergrasi daripada aspek dasar, strategi, tindakan operasi dan pengurusan sumber.

“COMSEC dilihat sebagai pendekatan paling sesuai kerana ia merangkumi pelbagai aspek dan perlu menjadi tonggak kepada strategi keselamatan negara, ia membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul bersama secara proaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutup Program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX COMSEC) 2024 di Melaka Energy Park, Sungai Udang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …