MARITIM GERAKKAN PESAWAT CARI TIGA PEMANCING HILANG DI KEMAMAN

CHUKAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim (MARITIM) menggerakkan pesawat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) untuk mencari tiga lagi pemancing yang dikhuatiri hilang di perairan Kuala Kemaman di sini, hari ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali, berkata pihaknya sedang mengatur gerak pesawat terbabit bagi membantu operasi pencarian sekitar tempat kejadian.

Setakat ini, sebuah bot sudah digerakkan ke lokasi kejadian jam 8.40 pagi bagi membantu pencarian itu. Operasi pencarian mangsa yang dikhuatiri hilang itu turut disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), polis serta nelayan tempatan. Ariffin berkata, bot nelayan yang dinaiki sembilan orang termasuk tekong itu karam selepas bot mereka dilanggar sebuah tongkang dalam kejadian pagi tadi.

Setakat ini, enam mangsa berjaya ditemui dengan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu. Ketika kejadian, semua mangsa yang berasal dari Gombak Selangor dan Raub Pahang itu dikatakan menyertai aktiviti memancing. Mereka dikatakan menaiki bot terbabit di Jeti Bukit Kuang Kemaman, kira-kira jam 5 petang semalam sebelum bertolak ke laut untuk memancing.

Kejadian dipercayai berlaku ketika bot terbabit sedang berlabuh untuk memancing sebelum bot mereka secara tiba-tiba dikatakan dilanggar tongkang terbabit. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian dan memaklumkan semua mangsa berusia antara 23 hingga 70 tahun.

Sumber: Bernama, Buletin TV3

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …