#ADDINAHAD: JAUHI PERBUATAN TIMBUL KEBENCIAN, BULI DI MEDIA SOSIAL SUATU LANGKAH MERDEKA DIRI DALAM ISLAM

Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat dan membuli di media sosial merupakan langkah memerdekakan diri yang diunjurkan dalam Islam.

Langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.

Sekiranya berjaya meninggalkan perbuatan tersebut, bermakna kita telah membebaskan diri daripada terus dibelenggu perbuatan batil dan berubah kepada gaya hidup berpaksikan akidah, syariat dan akhlak sebagai cara hidup Islam sebenar.

Pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya berunsur provokasi di media sosial.

Dari sudut ajaran Islam, kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri masing-masing daripada cengkaman lain bukan sahaja penjajah tapi dalam konteks Islam, membebaskan diri daripada amalan buruk dan sia-sia serta amalan yang boleh mencetuskan perpecahan.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …