DUA LAGI PEGAWAI PENGUATKUASA DITAHAN KERANA TERIMA RASUAH LINDUNGI PENYELUDUP

KOTA KINABALU: Dua lagi pegawai penguat kuasa di sebuah jabatan di negeri ini ditahan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Kedua-dua suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah susulan penahanan seorang pegawai penguat kuasa sebelum ini berkaitan kes yang sama.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Ogos 2024 terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an dikeluarkan Majistret Aslianlydia Asneh selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurut sumber, semua suspek ditahan kira-kira jam 4 petang hingga 11 malam tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau.

“Tangkapan terbaharu yang melibatkan dua lagi pegawai penguat kuasa adalah susulan daripada tangkapan seorang pegawai penguat kuasa sebelum ini berkaitan kes yang sama iaitu disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu.

“Siasatan awal mendapati semua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan berkenaan baru-baru ini (Ogos 2024),” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …