SISIPAN SEJARAH PADA 06 OGOS 1972: PELANCARAN ‘GERAKAN PEMBAHARUAN’

Pada hari ini dalam tahun 1972, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan ‘Gerakan Pembaharuan’ di Dungun, Terengganu. Pelancaran itu bersempena dengan majlis perasmian Pesta Pembangunan Negeri Terangganu yang diadakan buat pertama kali. Gerakan pembaharuan itu dilancarkan bertujuan untuk mewujudkan cara baru pelaksanaan semua aktiviti pembangunan masyarakat yang berdasarkan kepada usaha-usaha yang disatukan. Dalam usaha untuk melaksanakan gerakan itu mencapai kejayaan, beberapa langkah telah diatur di antaranya termasuklah:

  • Melantik sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Masyarakat di peringkat pusat untuk mengawasi perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan masyarakat; dan
  • Membentuk semula Jawatankuasa-jawatankuasa Kemajuan Kampung yang berperanan penting dalam mempengaruhi dan melibatkan masyarakat setempat agar dapat memberikan sumbangan-sumbangan positif ke arah kejayaan pembangunan.

Gerakan pembaharuan yang dilancarkan pada hari ini dalam tahun 1972, merupakan satu strategi untuk memperhebatkan rancangan-rancangan pembangunan masyarakat di seluruh negara demi kesempurnaan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …