JKDM KELANTAN RAMPAS 1.9 JUTA BATANG ROKOK SELUDUP

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1.9 juta batang rokok seludup di dua lokasi berasingan pada 31 Julai lalu.
Rampasan melibatkan 189 peti rokok bernilai RM1.5 juta termasuk cukai dan dua buah lori itu dilakukan oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu dan Rantau Panjang di Tumpat dan Bachok.
Sepasukan anggota penguat kuasa melakukan serbuan pertama ke atas sebuah lori di Kampung Chat, Palekbang, Tumpat yang membawa kepada penemuan 99 peti  mengandungi 1.04 juta batang rokok berjenama tidak sah dianggarkan bernilai RM114,400.
Dalam serbuan kedua di Kampung Badak Bachok, JKDM Kelantan menahan sebuah lori dan merampas sebanyak 90 peti mengandungi 90,000 batang rokok seludup berjenama tidak sah dianggarkan berjumlah RM99,000.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …