DUA WARGA EMAS KANTOI CUBA SELUDUP PETROL

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan dua lelaki warga emas selepas cuba menyeludup petrol di Kampung Talak di sini pada Selasa.

Kedua-dua suspek berusia 50-an dan 70-an itu tahan pada jam 9.40 pagi.

KPDN Kelantan atas maklumat risikan sepasukan anggota bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dalam keadaan mencurigakan.

KPDN Kelantan turut mengesan MPV tersebut mengubahsuai tangki dipercayai untuk tujuan penyeludupan.

Sebaik sahaja ditahan, anggota bertugas membuat pemeriksaan dan menjumpai 175 liter minyak petrol.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LALUAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dinaik taraf kepada …

OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …

JENIS TAHI TELINGA MAIN PERANAN BAU BADAN?

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh. Perkara ini akan …