MGC: MELAKA KOMITED PERLUAS AKTIVITI R&D&C&I

Durian Tunggal – Penyelidik daripada pelbagai latar belakang dan institusi dipelawa melaksanakan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan serta Inovasi (R&D&C&I) di negeri ini menggunakan dana yang disediakan kerajaan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, peluang itu terbuka menerusi inisiatif Malaysia Grand Challenge (MGC) diperkenalkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan lima skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Katanya, peluang itu perlu direbut golongan penyelidik termasuk agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan penggiat industri.

“Antara yang ditawarkan adalah Dana Penyelidikan Strategik (SRF); Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1); Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2); Dana Bridging (BGF); dan Dana Applied Innovation (AIF).

“Dana ini adalah bagi aktiviti R&D&C&I untuk mengatasi isu-isu utama dalam negara membabitkan kesihatan, alam sekitar, makanan, akses teknologi dan keselamatan. SRF menawarkan dana sehingga RM15 juta, sementara itu Ted 1 (RM1 juta), Ted 2 (RM3 Juta), BGF (RM4 juta) dan AIF (RM500,000),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, hadir menyempurnakan Program Jerayawara Skim Dana Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) MOSTI di Dewan Auditorium Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pada program itu, seramai 40 peserta dalam kalangan penyelidik, usahawan PKS, wakil IPT dan agensi kerajaan terlibat dalam sesi taklimat diadakan.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu daripada 29 pemohon projek iaitu daripada sebuah IPT di Melaka telah menerima kelulusan dana menerusi TeD2 pada 2023 dengan peruntukan kira-kira RM400,000.

“Program diadakan ini mampu memberi galakan kepada penyelidik di Melaka untuk bersedia menjalankan projek-projek berkaitan penyelidikan dan peluang ini perlu diperluaskan kepada golongan sasaran.

“Bagi mana-mana pihak ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh segera mendapatkan sesi bimbingan dan fasilitasi secara fizikal atau dalam talian dengan melayari laman web MOSTI atau menghubungi talian 03-8885 8186 atau emel di konsultasi-dana@mosti.gov.my,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut