PROGRAM CBSM BERSAMA PEMIMPIN DAN KOMUNITI DAERAH BELURAN

BELURAN, 5 Ogos 2024: Seramai 86 peserta yang terdiri daripada 26 orang Ketua Kampung, 20 orang Pengerusi JKKK dan 40 orang nelayan telah menyertai Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Sandakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Beluran dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.49 Labuk.

Program yang diadakan di Dewan Kementerian Belia dan Sukan Beluran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Samad Bin Jambri, Pembantu Menteri KPLB Sabah merangkap ADUN N.49 Labuk.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi penekanan kepada para peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat setempat tentang kepentingan peranan mereka sebagai penghubung utama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat di kawasan masing-masing dalam konteks memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara.

Program ini adalah selari dengan konsep Keselamatan Menyeluruh (Comprehensive Security, COMSEC) sebagai intipati utama Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti dalam agenda keselamatan negara.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Samad turut menggesa semua peserta supaya mengadakan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan yang terdapat di Daerah Beluran dan menjadi mata dan telinga kepada agensi-agensi keselamatan supaya keselamatan di Daerah Beluran dapat terus dipelihara dari sebarang anasir dan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

 

Program ini turut dihadiri oleh 13 orang wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang bertindak sebagai ahli panel dalam memberi ulasan dan maklum balas kepada isu-isu keselamatan yang telah dibincangkan oleh para peserta merangkumi isu penyalahgunaan dadah, pendatang asing, air dan elektrik serta isu gangguan gajah dan monyet.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …