LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024

Lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 bertajuk ‘MADANI Jiwa Merdeka’ merupakan lagu patriotik yang unik dengan iringan paluan alat muzik tradisional seperti sitar, tabla dan gendang.

Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Mokhzani Ismail berkata lagu dan lirik ciptaan Affan Mazlan, hasil gubahan beliau sendiri dan dinyanyikan Amir Masdi itu, antara lagu terbaik pernah diterbitkan sepanjang menjadi pengerusi lagu tema Hari Kebangsaan.

Sumber: BERNAMA

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024

Lagu : MADANI Jiwa Merdeka

Penyanyi : Amir Masdi

Lirik dan Lagu : Affan Mazlan

Gubahan : Datuk Mokhzani Ismail

Suara Latar : Gemersik Korus

Lirik

Ayuh kawan sahut suaraku

Bergerak maju demi negaraku

Kita bersama hadap suka duka

Selamanya

 

Selamanya ku pertahan tanah air pertiwi

Demi negara ku berserah diri

Semadikan dalam kita

MADANI Jiwa Merdeka

Demi negara Malaysiaku tercinta

 

Semaikanlah

Semangat dan setia

Penuhi rasa cinta

 

Demi negara

Laungkanlah satu rasa dan suara

Kitalah Malaysia

 

Demi negara

Satu hati, kita semua madani

Jiwa merdeka

 

Semuanya dengar launganku

Bersatu hati kitalah madani

Jiwa merdeka hadap segalanya

Bersama

 

Walau seribu tahun kan terus megah

Selamanya di hati kita merdeka

Biar apa yang datang menduga

Takkan goyah

 

Semaikanlah

Semangat dan setia

Penuhi rasa cinta

 

Demi negara

Laungkanlah satu rasa dan suara

Kitalah Malaysia

 

Demi negara

Satu hati, kita semua madani

Jiwa merdeka

 

Katakanlah, ooooo

Kita semua Malaysia

Satu demi negara

 

Akulah, akulah Malaysia

Kamulah, kamulah Malaysia

Semua satu demi negara

 

Akulah, akulah Malaysia

Kamulah, kamulah Malaysia

Semua satu demi negara

 

Akulah, akulah Malaysia

Kamulah, kamulah Malaysia

Semua satu demi negara

 

Demi negara

Laungkanlah satu rasa dan suara

Kitalah Malaysia

 

Demi negara

Satu hati, kita semua madani

Jiwa merdeka

 

Katakanlah, ooooo

Kita semua Malaysia

Satu demi negara

 

Katakanlah, ooooo

Kita semua Malaysia

Satu demi negara

 

Demi negara

MERDEKA

 

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …